Followers

Sunday, October 31, 2010

PERADUAN GAYA ADIK MAJALAH PA&MA


Yang ni berita panas, sepanas goreng pisang tepi jalan...hehehe

ALHAMDULILLAH..

Nilah gambar kemenangan Amna Safiyyah dalam majalah Pa&Ma di internet..tp bukan pemenang utama..salah seorang pemenang shj...TERIMA KASIH YG XTERHINGGA PADA kawan2 ummi yg tolong voted amna tempoh hari...
TAHNIAH YE SAYANG!!!

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

AKTIVITI HARI MINGGU


hmmm....entry basi...hehe...hari ni baru berkesempatan nak post entry.. just to share xtvt family semalam.. tak pergi memana just keliling kampung sahaja...

pagi : dating wit ummi's x-lecturer Puan Hamidah Norman kat Maulana Serdang,
seronok dan sgt puas hati walaupun dapat jumpe dalam sejam..terharu sbb puan sudi jumpa ummi walaupun ummi dikalangan student nya yg berjaya di kolej but skrg hanya jd surirumah sepenuh ms...alhamdulillah dapat jumpe lagi lepas 10 taun...
ni lecturer Management ummi..sgt seronok blaja subject beliau...
semua subjek beliau dari Semester 1-4 Ummi score...tp xsemua la dpt A...paling teruk B





lepas tu g kedai perabut..incik hubby nak cari kerusi kayu nak gantikan ngn sofa cavenzi yg xbest tu katanya...tp belum beli lagi...maybe minggu depan g survey lagi..tak banyak gambar kt cni, ummi penat panjat tangga tingkat 3...huh betul2 exercise..


lepas tu g gunting rambut kakak Amna dan ayah(incik hubby)


tadaaa...dah siap gunting...turn ayah plak..

sempat lagi main2 ngn anak tokei salon tu...
dorang yg datang panggil Amna main ngn dorang...


lpas tu terus balik ...ummi terus start memasak...incik hubby buat keje rumah, mcm biasa, basuh baju, sidai baju, vacum...lpas makan ummi lipat baju..

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Saturday, October 30, 2010

NAH! AMBIK HANG!!!!

Heeheee...tgk x gambo tuu..mmg gelak besar ummi td...kitorang g jln2 kt Mines td(bkn td je,blh dikatakan tiap2 mgu).. tujuan utama... nk beli Ipod utk anak ummi c Amna Safiyyah.
Lepas keluar dr kedai tu amna ajak g beli popcorn. Sampai je kat kaunter tu incik hubby tanye ummi nak yg mn? Tanpa pikir panjang, ummi terus jwb 'besar'. Sekali... nah! hambik ko! Sebaldi popcorn amna dapat...mkn sampai muntah popcorn! Hahaha...bwk lah sepanjang jln baldi pop corn tu....



Friday, October 29, 2010

IBU MITHALI 2010

Itu lah wajah ibu mithali kita..semua anak2 nya berjaya..seimbang dunia akhirat...menitis airmata ummi mendengar cerita dan pengalaman beliau..tu gambar anak2 beliau,ade sorang lg bekerja di Korea..semua hero...9 orang semua nya.. ummi baru tgk/tonton rancangan Apa Kata Wanita kat TV1...
Published with Blogger-droid v1.6.3

BARU 10 BULAN DAN BOLEH CASHOUT RIBU2...

Nuffnang Ads

Genap 10 Bulan Bersama Nuffnang

CErita ni ummi dapat dari blog darkbatman kisah pengalaman dia

selama 10 bulan bersama nuffnang tp dah dpt cashout beribu2 RM,

bkn lemon ye!...jom bc sendiri cerita dan pengalaman dan juga tips2

dari beliau!




~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Thursday, October 28, 2010

ANAK ANAK ZAMAN SEKARANG

Hmmm...tgk tu..tak payah di suruh diajar...dah pandai sendiri jer..yg umo 4 taun mmg lah..yg best nyer baru umo 9 bulan pun kemain excited melayan utube.... semalam ummi tgh syok layan facebook, anak ummi mintak nak main game...ummi tak perasan la plak..terus je la sembang2 ngn kwn ummi kat fb tuh.. skali anak ummi cakap ape tau... ' ummi ni x habis2 dgn facebook' ...alamak! Terus je ummi onkan game online dia...huhu hmmm pikir balik..selalu ke ummi berfacebook, rsnya cam jarang2 jer...
Published with Blogger-droid v1.6.3

CONTEST GAMBAR PERCUTIAN YANG MENARIK LAGI TERTARIK!


Sambil berjalan2 blogwalking..ummi terjumpe this contest yang dianjurkan oleh
teringat plak ade 1 gmbr kat Cameron Highland yang agak ceria yg menarik gitu..hehe ummi bercuti dkt2 je..belum ade rezki dapat melancong @ bercuti ke luar negara...

so, ni dia banner contest!

ini gambar yg ummi pertaruhkan:


Ummi pilih gambar ni sebab bile ummi tgk gmbr ni ummi rasa hati jadi berbunga, sedap mata memandang gitu...harap2 KOJAH pun tertarik ngn gambar ummi bercuti di Cameron Highland ni ye!

tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 november sebelum pukul 11.59 malam...

peringatan dari KOJAH:
PEMENANG AKAN DINILAI DARI SETIAP SUDUT...YANG PENTING GAMBAR PERCUTIAN YEEE...BUKAN GAMBAR MAKEUP2 KE HAPE KAN...KIRA KALAU SAYA TENGOK TUH TEROS MACAM WAHHHH WAHHH BESTNYA TENGOK GAMBAR DIA WALAUPUNNNNN RUPA PARAS TIDAK SEPERTI LISA SURIHANI MAHUPUN FAHRIN AHMAD!



~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Wednesday, October 27, 2010


~~The Way They Sleep Giveaway~~


Uish...dah lama nak join ni tp asyik terlupa jer..so dah tgal 2 hr je lagi nih..ummi harus gigih..nasib baik jln2 kat blog mama iqbal tadi...
Giveaway anjuran blog Hafizah
tarikh tutup giveaway ni ialah 30 October 2010..cepat2 tinggal 2 hr je lagiiii...

untuk keterangan lanjut sila lawati..

ni dia gambaq bb syakir ummi yg sedang sleep...



NAMA : AMZAR SYAKIR BIN SHAHIZAN
UMUR: 9 BULAN+

itu lah aksi tido bb syakir ummi. aksi tido camni bb ummi dapat sejak dia pandai merangkak..so ummi pilih yg terbaik lah untuk dipertaruhkan dlm GA ni ye..

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Baby Raya Baby Bergaya Top 10 GIRLS


Salam...result Top 10 for girls... Baby Raya Baby Bergaya anjuran Ibu Batrisya

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Baby Raya Baby Bergaya Contest TOP 10


Alhamdulillah...bb syakir ummi dah tersenarai dalam


bb syakir no 41...

CONGRATULATIONS buat semua ye!

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Set minda anda

tgk gmbar kat ats tu..ummi snap dari majalah pa&ma..pasal bfeeding. Utk mami2 yg tgh pregnant pls la dari skrg anda perlu set minda anda untuk breastfeed ur baby ye...tanamkan kt pikiran yg akan menyusu anak sehingga 2 tahun..insyaAllah susu akan cukup utk anak. Jgn la dok kata susu sikit lah,susu xde lah...tu semua mmg mengganggu pengeluaran susu, seolah2 kita xnak bg anak menyusu..sedih tau kalau anak xdpt susu kite,tersangatlah ruginya..terutama ibu2 yg xbekerja tu..alamak dah berleter panjang plak...ummi just nak share pengalaman ummi menyusukan anak2...anak ummi yg sulung menyusu lebih dari 3 taun,luckily ms ummi pregnant ank ke 2 pun ank sulung still blh menyusu..

Lg 1 nak share ngn ibu2,ummi2,mami2 semua... ni petua dari arwah tokwan ummi..mmg ummi amalkan dan alhamdulillah ade rezqi menyusu anak.. petua nya ialah semasa tegukan anak yg pertama selepas lahir tu sambil anak menyusu bacakan ayat seribu dinar (dlm hati @ kuat pun blh) secara berulang2...insyaAllah kalau kita yakin dgn ayat Allah,pasti menjadi...cuba lah ye!
Published with Blogger-droid v1.6.3

Tuesday, October 26, 2010

KISAH DAN TELADAN

Dakwah Solat
www.iluvislam.com
Oleh : Syazwani Abd Rahim
Editor: Isyrak


Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.


Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.


~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

SOTONG PAUL..R.I.P

Sotong kurita peramal Piala Dunia 2010 mati


26/10/2010 9:17pm

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan
ramalannya berhubung keputusan pertandingan
Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati
di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen

sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya

semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat
pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu
juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan
cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus
pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

HADIAH KAWIN

Semalam g rmh MIL angkut saki baki hadiah kawin ummi n incik hubby 5 tahun lepas. Kawin dah 5 taun tp hadiahnye ade lg yg x terusik...nk buat apa ni ye?!... simpan dlm almari ler gamaknyerrr.
Published with Blogger-droid v1.6.3

ANAK SETAN!!!!

Jangan terkejut ngn tajuk entry yg ummi letak tu ye...

baca dulu isi nya...

v

v

v

v

v

v

v

v

v



Marah ibu suruh taubat

(sumber: HARIAN METRO)

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup

bertindak luar batasan apabila mendukung

dan cuba mencampakkan ibu kandungnya

sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini,

selepas tiba-tiba naik berang mendengar

syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan
bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat
daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri
sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan
dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu.

Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata,
kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam
keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di
Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.


“Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras

mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja

menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu,

suspek turut merosakkan perkakas rumah.



“Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan
perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila
mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan
tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar
dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti
daripada berkelakuan liar,” katanya.

Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu
supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain
tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.

Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi
bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh
wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.

“Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek
melarikan diri sebelum segera menghubungi polis
bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.

“Polis yang segera datang sebaik menerima laporan
kemudian memberkas suspek yang
ketika itu masih berada di rumah,” katanya.

Menurutnya, polis menahan reman suspek selama
tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini,
untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai
penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama
selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu
yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji
berkelakuan baik,” katanya.

Semoga jadi iktibar dan pengajaran buat kita semua...

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Monday, October 25, 2010

PAGI YANG MENDUNG...




hmmm...ummi nak update entry, but hpon tgh cas,
bkn ape nak transfer gambar ke PC xleh lagi...
nak post terus dari henpon????!!! argh malas lah, xmenarik cam guna PC ni..
hehe sgt terhad kalau guna henpon...xleh nak edit2 gambo tuh...
korang perasan x? tajuk kat atas xde kena mengena langsung ngn repek ummi nih..
hehehehe abaikan lah..sbb ummi nak gtau yg cuaca kt luar sgt mendung n sejuk..
nasib baik anak2 ummi dah bangun, kalau tak,
mau ummi melelapkan mata seadanya lagi pagi ni...dah la tu..
jom breakfast roti peanut butter n teh ...

LAYANNNNN

(gambar ni ummi search by babylon,bkn teh n roti peanut butter ummi ye..hehehe)

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Sunday, October 24, 2010

CUCU

Mcm x percaye je ummi dah jadi nenek..
.hahaha tok andak panggilan kepada ummi..Aziqa Naqilah...
nama cucu ummi..sgt cute...hari sabtu lepas ummi pegi
majlis cukur jambul cucu ummi...
dh 4 bulan pon, lahir 3/6/2010 yg lalu...Naqilah ni cucu kepada
sepupu incik hubby, incik hubby jd atok, ummi jd la nenek..huhu


~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

SAYA BLOGGER BARU


Salammm.. tetibe ms blogwalking terjumpe 1 entry dr blog kwn baru ummi...sori luper plak nama dia..hmmm..Dukhon kot...(sori ek kalau clap) mcm bestni nak berkenalan dgn Ben Ashaari...wow! teruja sekejap...ada peluang so ummi rebut je la kann...ni lah ms untuk ummi menambah kekwn di alam maya ni...

oklah kepada kawan2 yg sudi melawat blog ummi yg dhaif ni , ummi ucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga..terutama en Ben Ashaari yg memberi peluang ini..so, kekwn boleh lah mengkomen ape yg patut kepada ummi yg masih jahil dlm dunia blogging( lebih kurang 2 bulan), sentiasa ingin belajar dan mendapat pelbagai ilmu dari anda...apa yang Allah anugerahkan kepada kita kelebihan ILMU kita kongsi2 kan..sharing is caring! ummi terima seadanya komen mebina dari anda!

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

SUBHANALLAH!!! Anak Bill Gates


Setiap manusia yang menggunakan komputer dalam dunia ni, pasti kenal apa itu Microsoft. Even korang sekarang bukan lagi pengguna Microsoft Windows dan berbangga diri sebagai pengguna Mac, ingatkah awal-awal korang mengenali komputer pastinya dengan menggunakan Windows OS. Even Steve Jobs (pengasas Apple) dahulunya juga adalah pengguna Windows (PC).

Ok abaikan mengenai sedikit maklumat mengenai komputer. Bila sebut pasal Microsoft, automatik akan mengingatkan kita kepada pengasas’nya yang juga bilionaire terulung di dunia iaitu, Bill Gates.

Persoalannya, apakah produk Bill Gates yang menarik dan paling bernilai sekali? Jawapannya..

-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-

Jennifer Katharine Gates yang lahir pada tahun 1996 (kini berusia 14 tahun) adalah anak perempuan sulong daripada 3 adik beradik (2 perempuan 1 lelaki) hasil perkahwinan antara William Henry Gates III (Bill Gates) dan isterinya, Melinda French Gates. Inilah dia bakal pewaris harta billionaire termashur dunia.

Subhanallah...indahnya ciptaan Allah SWT...kalau ummi nengok pun cakap cantik, apetah lagi lelaki lelaka yg nengoknyerrr... nyway thanks so much to OHARTIS.com..sori ek khai ummi cilok citer dr mu...

~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, October 23, 2010

HARI NI HARI AHAD

this is my incik hubby


Hari ni ade citer tp ummi belum sedia nak citer lagi...
maybe esok lah...cuma hari ni hari ahad mcm biasa incik hubby buat keje2
rumah n ummi just uruskan anak2 je...rasa bersalah..
g la ngendeng2 kt sebelah incik hubby tp beliau suruh gjg anak...
so bila anak dah siap mandi, makan semua ummi masukkan dalam bb coat.
main la dorang berdua dlm tu...heheh ummi dok melangut la depan PC ..hehe
incik hubby :- basuh kain, sidai kain, basuh pinggan,
maybe kejap lg beliau nak vacum lantai n mop skali...huhu
( ummi xterkata ape2 sbb nak tolong beliau x kasi)
ummi dah sediakan makan..pg td ummi msk nasi lemak,
goreng udang galah n ikan, sambal sotong..
semua dah kenyang okey!


~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

Friday, October 22, 2010

SEMOGA BAHAGIA DI SANA



Pergi nya tidak diduga...mungkin kah dia ada penyakit dalaman..?
kami tidak tahu..tetiba saja dia pergi meninggalkan

kami pada hari khamis 21/10/2010 lebih kurang waktu maghrib..

perginya ditangisi oleh kami semua..setelah bertahun dia bersama kami..

kini kami amat merindui nyaaa...sedih atas pemergiannya..

semoga dia bahagia di sana

v


v

v

v

v

v

v

v


Inilah dia yang dimaksudkan IKAN KELISA belaan my FIL...semasa hayatnya..raya 2010
(dia masih beraya bersama kami)


semasa dia nyawa2 ikan.. :-(


Muhammad Ammar Yusuf menangisi pemergian IKAN KELISA

IKAN KELISA- R.I.P


~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~

REZQI UMMI DAH SAMPAI



Alhamdulillah...

syukur ummi panjatkan atas kurniaan Allah ini..

hari ni cek yg ditunggu2 sudah sampai..ni bukan cek cashout dr BE ye kwn2..

ummi baru je blaja berblog n baru je tepek nuffnang kat blog ummi,

xkanlah dh blh cashout kan..BE pun belum ade..huhu..

cek ni dtg dari Hotfm..Ummi antara pemenang contest Syoknye Raya yg Myeg n Hotfm
buat kat Facebook bulan posa haritu..so dapat lah ummi rezqi RM 200.

berbaloi gak rasanya dr dok melangut

sesaje depan pc LCD Samsung ni...

~ Seribu Kemanisan Sejuta Kebahagiaan ~

Blog Archive

Contest : Siapa Nak Jadi Cover Buku?

Contest : Siapa Nak Jadi Cover Buku?
Dah menang!!! nnt ada la kat kulit buku KITARAN HIDUP BERKELUARGA

"Gaban's Lovely Craft & Embroidery GA 2010"

"Gaban's Lovely Craft & Embroidery GA 2010"
ummi menang saguhati

areteacar 1st contest, keluarga bahagia!

areteacar 1st contest, keluarga bahagia!
ummi salah seorang pemenang jgk!!

"pabila photo mula.... ber...cerita"

"pabila photo mula.... ber...cerita"
Ummi salah seorang pemenang!!

Amna Safiyyah won 3rd Prize

Amna won 1st Prize

Amna won 2nd Prize, Amzar won 3rd prize

KAWAN2 UMMI

NI LAGI KAWAN2 UMMI