Followers

Monday, October 18, 2010

Anda ingin menggugurkan kandungan?


Pernah tahu atau belajar macamana prosedur itu dilakukan?

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu
proses pengguguran/pembunuhan anak :

Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan):

Pada masa usia janin masih sangat kecil, pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara menggunakan alat penyedut (suction).
Sang anak yang masih sangat lembut akan tersedut dan hancur luluh.

Saat ia dikeluarkan dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh itu…

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan):

Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk.
Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara mencucuk anak tersebut, kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk proses pengguguran/pembunuhan.

Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara mencucuk dan menarik bahagian yang boleh tercapai seperti pinggang, bahu atau leher.

Setelah dicucuk-cucuk, dihancurkan pula bahagian-bahagian tubuhnya.

Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian-bahagian kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.

Dalam klinik pengguguran/pembunuhan, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini.

Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil dan comel.

Anak kecil tak berdosa ini telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan):

Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bahagian-bahagian tubuhnya sudah jelas kelihatan.

Jantungnya sudah berdegup dan tangannya sudah boleh menggenggam.

Tubuhnya sudah boleh merasai kesakitan, kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik.

Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan.

Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi.

Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sehingga selepas 24 jam, bayi itu akhirnya mati.

Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, cuba menangis, menjerit dan jantungnya berdegup deras.

Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjut (6 sampai 9 bulan):

Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk.
Wajahnya sudah kelihatan termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil.
Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik.

Untuk proses ini ia dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh.

Cara membunuhnya mudah saja dan inilah kaedah paling murah dan biasa kita lihat di Malaysia :

Biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan terkutuk itu selesai.

Selepas itu, hanya darah bayi itu sahaja yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam pengguguran/pembunuhan ini bahawa satu pembunuhan keji telah terjadi…

Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para ibu yang melakukan pengguguran/pembunuhan ini.
Mereka merasa bahawa pengguguran/pembunuhan itu cepat dan tidak sakit.

Mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh ubat bius.
Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah pengguguran/pembunuhan dilakukan.

Benar.
Bagi wanita, proses pengguguran/pembunuhan itu cepat dan tidak sakit.

Tapi bagi bayi, itu adalah proses yang lama, sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan!

Jadi untuk anda yang merancang untuk melakukan pengguguran (pembunuhan) ini, anda sudah fikir 200 kali?

Belum?

Kerana anda ada sebab lain?
Anda melakukannya atas nama perubatan?

Baiklah.
Saksikan lagi apa kesudahan janin2 dan bayi2 yg tak berdosa yg digugurkan ATAS NAMA PERUBATAN:

———————————-
Kami & krew TV3 sempat menyaksikan satu suasana menyayat hati di bilik mandi mayat jenazah Islam di Masjid Pusara Aman, Singapura tidak lama dulu.
Namun adegan itu tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan….

Kami mulanya keberatan untuk menyiarkan gambar ini.
Kami akui ia mengerikan, memilukan dan akan mengejutkan sebahagian pembaca.
Tetapi setelah berfikir buruk-baik pengajarannya, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar2 ini.
Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, ATAS APA JUA SEBAB DAN ALASAN…

Pihak pengurus jenazah menerima bungkusan2 jenazah janin dan bayi yg ibu-ibunya berbangsa Melayu/beragama Islam, drp pihak hospital.

Sesetengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat beberapa hari terperap dalam rumah mayat.
Setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah.

Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama janin2 yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.

Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat iaitu Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

Sedih sekali…
Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran/pembunuhan di hospital- hospital tersebut.

Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya ..
sebelum dikafankan….

Jenazah-jenazah kecil ini kemudiannya disembahyangkan dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang, Singapura
Macamana?
Anda masih lagi ingin meneruskan niat anda untuk melakukan pembunuhan ini?

TEPUK DADA TANYA IMAN ANDA KATA???

JANGAN!!!

Jika anda terdesak, didesak atau anda fikir anda TIADA PILIHAN LAIN, anda tersilap!

SENTIASA ADA JALAN!
Cuma tak ada siapa nak tunjukkan jalan…

Mana yg terlanjur, yg lepas biarkan lepas.

TAPI jangan dibunuh anak tak berdosa

sumber dari: PaPa n MaMa
~ Seribu Kemanisan Sejuta Kebahagiaan ~

No comments:

Blog Archive

Contest : Siapa Nak Jadi Cover Buku?

Contest : Siapa Nak Jadi Cover Buku?
Dah menang!!! nnt ada la kat kulit buku KITARAN HIDUP BERKELUARGA

"Gaban's Lovely Craft & Embroidery GA 2010"

"Gaban's Lovely Craft & Embroidery GA 2010"
ummi menang saguhati

areteacar 1st contest, keluarga bahagia!

areteacar 1st contest, keluarga bahagia!
ummi salah seorang pemenang jgk!!

"pabila photo mula.... ber...cerita"

"pabila photo mula.... ber...cerita"
Ummi salah seorang pemenang!!

Amna Safiyyah won 3rd Prize

Amna won 1st Prize

Amna won 2nd Prize, Amzar won 3rd prize

KAWAN2 UMMI

NI LAGI KAWAN2 UMMI