Jangan terkejut ngn tajuk entry yg ummi letak tu ye...
baca dulu isi nya...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Marah ibu suruh taubat
(sumber: HARIAN METRO)
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup
bertindak luar batasan apabila mendukung
dan cuba mencampakkan ibu kandungnya
sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini,
selepas tiba-tiba naik berang mendengar
syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.
Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan
bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat
daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri
sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan
dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu.
Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata,
kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam
keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di
Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.
“Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras
mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja
menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu,
suspek turut merosakkan perkakas rumah.
“Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan
perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila
mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan
tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar
dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti
daripada berkelakuan liar,” katanya.
Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu
supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain
tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.
Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi
bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh
wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.
“Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek
melarikan diri sebelum segera menghubungi polis
bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.
“Polis yang segera datang sebaik menerima laporan
kemudian memberkas suspek yang
ketika itu masih berada di rumah,” katanya.
Menurutnya, polis menahan reman suspek selama
tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini,
untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai
penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama
selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.
“Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu
yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji
berkelakuan baik,” katanya.
Semoga jadi iktibar dan pengajaran buat kita semua...
~ C.I.T.R.A.C.I.N.T.A.K.U ~
No comments:
Post a Comment