Berita baru kami terima mengenai kematian pelakon veteren berusia 65 tahun, M Rajoli yang menghebuskan nafas yang terakhir di Hospital Ampang pada pukul 10.45 malam (17 September 2010) tadi di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Allayarham M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak ataulymphoma sejak tiga tahun lalu akan dikebumikan sebelum zuhur ini di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.
Kita semua pasti akan merindui kehilangan sebutir lagi permata di dunia lakonan tanah air. Seorang pelakon yang versatile. Boleh membawa apa-apa sahaja watak dengan begitu baik.
Al-Fatihah kepada Allayarham dan salam Takziah dari semua krew Oh! Artis kepada keluarga Allayarham. Semoga roh’nya dicucuri rahmat yang Maha Esa. Amin!
No comments:
Post a Comment