contest: deraian air mataku
Penganjur: ieyzaafiena
end 25/12/2010
Kisah yang menyebabkan berderai air mataku..bukan sekali, bukan dua..tetapi hampir setiap hari, setiap kali mendoakan untuk ibubapa, pasti air mata ini bederai..
Ku ingati, lebih kurang 6 tahun lebih yang lalu.... abah sering tak sihat badan..seperti biasa sebagai seorang anak, aku bertanggungjawab membawa abah ke klinik..yang pasti abah mengidap darah tinggi tetapi masih ditahap biasa..cuma kena makan ubat dan perlu mengambil ubat setiap bulan.itu lah rutinnya setiap bulan.
Hingga suatu hari, hari rakyat Malaysia membuang undi pada 21 Mac 2004. Badan abah menjadi lemah tak bermaya, namun abah masih boleh bercakap. cuma kakinya lemah dan tidak boleh berjalan dengan sendiri. Seharian abah hanya terbaring di katil. Esoknya kami membawa abah ke hospital. Doktor mengesahkan abah mengidap darah tinggi. itu kami tahu, doktor..so, untuk pemeriksaan doktor mengarahkan abah di tahan di wad. lebih kurang seminggu abah di hospital, result penyakit abah telah keluar..tersentap hati, mak, dan kami semua bila doktor mengesahkan Abah mengidap kanser paru paru tahap 4...Hanya Allah yang tahu betapa sedih dan hibanya kami di saat itu.tapi kami dan mak kuatkan semangat terima semua ni sebagai dugaan dari Allah Yang Maha Esa. Betapa beratnya dugaan ini Ya Allah, namun, tiada siapa yang mengalirkan air mata disitu. tetapi, dalam hati masing2 sangat kecewa, sedih. hanya wajah2 terkejut yang kami luahkan.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... abah tidak mahu berenggang langsung dengan isteri kesayangannya seolah2 sudah tahu beliau akan pergi meninggalkan isterinya itu. hospital menjadi rumah kedua kami adik beradik, kerana setiap hari kami akan melawat mak dan abah di wad. pernah 1 hari, abah menjadi lupa, beliau hanya mengenali mak sebagai isterinya, namun anak2 beliau tidak mengenalinya, beliau hanya tahu nama2 kami tapi tidak ingat bahawa kami semua anak2nya...sedihnya kami pada saat itu, waktu itu air mata masing2 mengalir mengenangkan adakah abah akan sebegitu selamanya..namun, Alhamdulillah keesokan harinya Abah kembali normal, doktor memberitahu bahawa kansernya telah menggangu otak. sekali lagi hati kami berderau, hancur luluh. begitulah keadaan abah sehingga suatu hari mak menelefon aku, semasa aku di pejabat. doktor menasihatkan agar abah di bawa pulang dan akan membuat kemoterapi abah pada 27/7/2004. aku pun dengan penuh semangat, meminta izin dari bos untuk pulang awal, seperti kebiasaan bos telah memberi kelonggaran padaku kerana telah pergi melawat dan melihat sendiri tahap kesihatan abah. Aku sungguh menghargai jasa bosku itu..terima kasih En. Yahaya bin Sa'rani.
Setelah 2 hari pulang ke rumah, abah tidak sedarkan diri. Koma. kami hanya dapat menatap wajah abah, kini..tidak lagi mendengar suaranya. Hanya Ayat2 Suci Al-Qur'an yang kami perdengarkan pada Abah. 2 hari lagi selepas itu..lebih kurang pukul 9.00 pagi, abah semakin tenat, abah bernafas naik dan turun..mak mengarahkan adik menelefon semua adik beradik mak, tok wan dan imam kampung. Aku terus menerus membaca al-Qur'an di sebelah abah yang sedang tenat. air mata berjujuran di ketika itu. dalam hatiku berkata2" Abah..jangan pergi tinggalkan kami..kami masih perlukan abah.." Namun, tiada siapa yang dapat melawan takdir Yang Maha Esa...tepat jam 9.15 pagi, 17/7/2004..abah menghembuskan nafas terakhir di kelilingi isteri dan anak2nya..kecuali adikku yang sedang belajar di Port Dickson. agak jauh perjalanan untuk sampai ke Penang.
Setelah pemergian abah, baru lah terbayang2 kenapa abah mengajar aku memandu kereta auto, dan beria2 hendak melihatku berkahwin..kata abah, " abah teringin nak tengok kak lang kawin, senang hati abah, tak perlu lagi abah risau, ada orang jaga kaklang" .Rupanya abah sudah merasa bahawa dia akan meninggalkan kami.Namun, hajat abah tidak kesampaian.
KALIMAH YANG KURINDU
Betapa hariku rasa sunyi
setelah pemergianmu
Dia mengajarku erti ketabahan
erti kesusahan
erti hidup
yang mengajarku mengenal Rabb
betapa aku mengasihinya, menyayanginya..
aku meredhai pemergianmu
dugaan dari Yang maha Esa
yang nyata lebih menyangimu..
ABAH..
itulah kalimah yang sangat ku rindu kini.
Kenangan bersama Arwah Abah di hari konvokesyen, 2002
so, ummi nak tag:
ira
1 comment:
thanx join contest niey..
hope..kak ummi sentiase tabah dan sabr k,,semoga arwah abah akk ditempatkn diklangan orang2 yg beriman.. amin..
Post a Comment